Sunday 30 October 2011

AL-QURAN

Al-quran ialah kalamullah,yang mana di dalamnya terdapat segala rahsia yang dahulu dan yang akan datang...hari ini berapa ramai orang menjadikan Al-Quran itu sebagai 'TEMAN'???????? Begitu sedikit sekali....Kenapa???? Kurangnya penghayatan dalam agama.....Indahya jika dapat memahami apa yang terkandung di dalam Al-Quran......Mengapa ada yang baca Al-Quran sampai menangis teresak-esak??? sama2 tengok video di atas ni.....

Wednesday 26 October 2011

SOLAT JUMAAT


Hari Jumaat sebelum mendirikan solat fardhu Jumaat disunatkan solat dua rakaat sebelumnya dan dua rakaat sesudah solat Jumaat. Setelah Azan dirikan solat sunat sebelum solat Jumaat dan setelah solat fardhu dirikan pula solat sunat.

---------------------------------------

Solat Sunat Sebelum Solat JumaatSebelum solat Jumaat dikerjakan dua rakaat solat sunat iaitu setelah Azan sebelum solat fardhu Jumaat

Lafaz niat :

Usolli Sunnatal Jumaati Rak'ataini Qabliyatan,Lillahi Ta'ala.... Allahu Akbar
"Sahaja aku solat Jumaat dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Pada rakaat pertama baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-Nas


-------------------------------------------

Solat Sunat Selepas Solat Jumaat
Selepas solat Jumaat disunatkan solat dua rakaat. Setelah wirid dan doa dirikanlah solat sunat selepas solat Jumaat

Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Jumaati Rak'ataini Ba'diyatan Lillahi Ta'ala . Allahu Akbar
"Sahaja aku solat sunat selepas Jumaat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Rakaat pertama baca Al-Fatihah dan baca surah Al-Ikhlas

Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-Nas

Tuesday 25 October 2011

HAKIKAT HIDUP

Hidup di dunia sebenarnya untuk mencari bekalan hidup di akhirat dan bukannya untuk mengejar kehidupan di dunia semata-mata............Kehidupan dunia hanyalah sementara berbanding akhirat yang kekal selama-lamanya.........1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia..................